Kalau dah nak beraya, antara perkara utama yang dipertimbangkan dalam senarai sambutan ialah masakan. Daripada biskut sebagai kudapan raya hinggalah kepada masakan utama pada hari berkenaan, mestilah sesuatu yang istimewa dan meriah bukan? Mengambil kira aspek itu, Raisin Administration Council (RAC) memperkenalkan resipi lazat dan berkhasiat yang menggunakan kismis California yang bertema “Raya Manis Kismis California”. Ia bertujuan untuk memberi peluang mempelbagaikan resepi menggunakan bahan makanan sihat, kismis pada Hari Raya.

3c

Menariknya, resepi ini disediakan dengan bantuan Chef Rohani Jelani yang terkenal dengan air tangan tersendiri beliau.Apa lagi, bolehlah cuba-cuba untuk Hari Raya ini atau rumah terbuka nanti. Inilah peluang tawan hati keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan dengan masakan istimewa ini!Kismis, buah kecil yang lazimnya digunakan untuk masakan, kek dan pastri bukan sahaja membuka selera tetapi juga merupakan sumber pemakanan berkhasiat.

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubatan Tropicana, Cik Tan Yen Sing, berkata kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari. “Pemakanan yang wajar adalah pendekatan terbaik untuk menjaga kesihatan dan menjauhkan penyakit. Nutrien adalah khasiat pemakanan yang kita mestiperoleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini penting untuk membesar dan menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang hayat,” kata Tan. Biarpun kecil, manfaat kesihatan buah kismis sememangnya tidak boleh dinafikan.