Menjelang Raya, antara orang yang paling sibuk dengan persiapan sambutan ini adalah para artis. FMT Ohsem berpeluang bertemu beberapa orang artis tempatan dan sempat menemuramah persiapan raya masing-masing. Mari kita lihat apa persiapan dan perancangan sambutan raya 5 artis ini. Janna Nick “Persiapan raya saya memang tiada. Sebab saya terlalu sibuk dengan bisnes saya. Saya ada Sephia, Janna Rezeki dan saya juga ada produk Sephia yang baru selain daripada argan oil. Nak tahu kena tunggu, stay tune! Persiapan saya… rasa sibuk, setiap hari sepanjang bulan Ramadan ada shoothing dan masih shooting untuk drama ‘Dia’. Tak sempat mempersiapkan diri untuk raya. Sarung je apa yang ada. Selamat Hari Raya!”

3a

“Apa yang saya buat sebelum raya…Tiada persiapan raya pun. Baju raya semua pakai Aida Jakel. Kalau kat rumah, balik kampung semua dah siap. Dengan makanan dengan persiapan semua, sebab semua mak saya buat. Mak tak bagi saya masuk dapur. Jadi kalau anda free, jemput datang rumah. Tulus ikhlas mohon maaf kepada semua.”“Raya seperti biasa raya minggu pertama di Malaysia kemudian ambil masa bercuti dengan keluarga. Saudara mara jangan risau sebab kami akan curi masa bersama sanak saudara. Selamat di mana jua anda berada. Jangan terlalu boros dan jangan terlalu excited sampai habis raya nanti gigit jari.”

“Untuk raya tahun ini, of course saya dah berkeluarga anak 3, raya memang paling penting adalah untuk bersama keluarga. Tahun ini kita mungkin berada di KL, di rumah kerana pindah rumah baru setahun yang lebih. Ia memberi peluang kepada anak untuk merasa raya kat rumah sebab orang zaman sekarang kampung dah ada kat KL. Bagi saya semuanya mengenai keluarga.” Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, Maaf zahir dan batin!